Berjaya Kumpul 400 Ribu Pengikut
'Terlampau cantik untuk dilihat' begitulah yang dikatakan oleh pemilik media sosial yang menyimpan gambarnya. Gadis yang bernama Lee Hee Danae telah popular dalam sekelip mata apabila berjaya mengumpul pengikut seramai 400,000 di akaun Weibo (laman sosial terkenal China).
Menurut satu agensi berita tempatan China, Shangaiist, gadis bawah umur tersebut yang lahir pada Mei 1999 mendapat lebih 24,000 'likes' di dalam satu portal internet China, Tencent.
Namun kecantikan yang dimilik bukanlah datang secara semulajadi atau asli. Gadis itu melakukan pembedahan kosmetik untuk memenangi semula hati bekas kekasihnya, lapor laman web China, Cbg.cn.
Sementara itu, sesetengah pihak mempertikaikan mengenai gadis itu. Mereka berpendapat bahawa gambar tersebut adalah penipuan semata-mata atau disunting secara digital.
sumber:mstar
Pilihan Menarik Berkaitan:
- Elizabeth Tan Takut Baca Laman Sosial
- Pengguna Laman Sosial Kritik Foto Bikini Puteri Balqis...
- Terlampau Cantik, Gadis 15 Tahun Popular Sekelip Mata...
- Banyak Lagi Berita Sensasi (Klik sini)
No comments:
Post a Comment