Calvin Harris Pujuk Kekasihnya Taylor Swift Maafkan Nicki Minaj
Taylor Swift dan Nicki Minaj berbalas kata-kata marah melalui Twitter mengenai pencalonan Anugerah Muzik MTV Video pada 21 Julai lalu. Ini berlaku apabila penyanyi rap berusia 32 tahun itu melahirkan rasa kecewa beliau selepas dipinggirkan dalam kategori Video Tahunan hanya kerana tidak memaparkan 'badan langsing' dalam video muzik Anaconda .
Taylor Swift telah salah faham apabila menyangka kenyataan itu merujuk kepada dirinya lantas telah meluahkan rasa tidak puas hati di Twitter. Namun akhirnya perselisihan mereka berjaya dileraikan apabila Taylor Swift terlebih dahulu memohon maaf dan Nicki menerima maaf itu. Taylor dikatakan berbuat demikian atas pujukan teman lelakinya Calvin Harris.
Berikut Twit Taylor Swift terhadap Nicki Minaj
Dalam waktu yang sama, Katy Perry turut menyampuk dan memberikan pendapat beliau sendiri mengenai perkara itu dengan menghantar komen berikut:
Komen Katy Perry di Twitter Mengenai Taylor Swift dan Nicki Minaj
Taylor telah memohon maaf kepada Nicki dan tidak membuat sebarang komen kepada twit penyanyi Roar itu. Taylor pernah memberitahu Rolling Stone bahawa lagu "Bad Blood" ditulis mengenai keretakan persahabatannya dengan 'artis wanita.' Artis artis itu dikatakan Katy Perry.
Taylor dan Katy dikhabarkan telah tidak mesra antara satu sama lain sejak awal tahun 2014.
No comments:
Post a Comment