Monday, July 27, 2015

Taylor Swift Hina Katy Perry Guna Jerung?

Taylor Lepaskan Geram Guna Jerung?


Penuh muslihat  atau sekadar suka-suka? 
Taylor Swift telah mengejutkan para penonton semasa menyanyi lagu "Bad Blood" dalam konsertnya di Foxborough, Mass pada 25 Julai lepas lapor US magazine.com. Ini kerana dia telah membawa tetamu dari lautan untuk menjadi tetamu khasnya.

Seekor jerung telah muncul secara tiba-tiba semasa dia sedang rancak menyanyikan lagu hitsnya sehingga menyebabkan dia tidak dapat menumpukan perhatian dan ketawa.
Namun nasib baik jerung itu sebenarnya bukan jerung sebenar. Hanya salah seorang penari yang memakai kostum.

Cuma yang menjadi persoalan kini apakah motif disebalik kemunculan jerung itu? Adakah mempunyai kaitan dengan persengketaannya dengan penyanyi Katy Perry? Ini kerana sebelum ini Katy Perry turut pernah menggunakan jerung dalam persembahannya.Nampaknya gosip terbaru ini bakal menghangatkan lagi kisah hubungan mereka yang dikatakan dingin baru-baru ini.


Pilihan Menarik Berkaitan:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...