Monday, July 27, 2015

Elizabeth Tan Takut Baca Laman Sosial

Nafi Punca Adira Putus Tunang


Mungkin kerana sering sahaja berdepan dengan kontroversi, menyebabkan penyanyi Elizabeth Tan takut untuk melayari laman sosial.

Sebelum ini Elizabeth Tan pernah dituduh menjadi punca Adira putus tunang. Namun dia menafikannya dan menjelaskan yang Adira sendiri mengatakan dia berada di pihak yang benar.

Berikut penjelasan Elizabeth Tan mengapa dia begitu takutkan laman sosial.


 “Sekarang saya takut nak buka Instagram, Twitter atau Facebook sebab saya tak mahu baca komen negatif dari peminat. Saya tak mahu terganggu dengan komen-komen tersebut,” kata Elizabeth kepada Tonton Extra.

Tambah Elizabeth lagi dia tambah beremosi terutama apabila kata-kata negatif  dilontarkan oleh pengikutnya sendiri di sosial media.

 “Saya marah dan sedih sebab saya ingat kalau saya tak buat benda-benda tak senonoh, tak buat salah atau sebagainya, orang tak akan bercakap buruk tentang saya. Lagipun mungkin ada antara mereka yang baru mengenali saya menerusi cerita-cerita kontroversi ini. Saya sedih sebab first impression mereka terhadap saya adalah perkara yang kurang baik,” jelas penyanyi ini.

Pilihan Menarik Berkaitan:



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...